PERINTANG
Ialah salah satu daripada komponen asas dalam elektronik.Perintang tidak mempunyai kutub positif (+ve) dan negatif (-ve). Tetapi pada badan perintang mempunyai warna kod yang membawa maksud nilai rintangan sesuatu perintang itu dalam nilai Ohm.
perintang tetap
perintang boleh laras
kod warna perintang tetap
PEMUAT
Pemuat atau kapasitor merupakan alat elektrik atau elektronik yang mampu menyimpan tenaga di medan elektrik antara sepasang pengalir (plat). Proses menyimpan tenaga dalam kapasitor dikenali sebagai "mengecas", dan melibatkan cas elektrik yang mempunyai magnitud yang sama, tetapi kekutuban yang berlawan yang berkumpul di kedua-dua plat masing-masing.
Kapasitor biasanya digunakan dalam litar elektrik dan litar elektronik sebagai alat storan tenaga. Kapasitor juga digunakan untuk memisahkan antara isyarat frekuensi tinggi dan rendah. Oleh itu, kapasitor biasanya digunakan sebagai penapis elektronik.
pemuat
PEARUH
Ialah penambahan arus di dalam pengalir akan mewujudkan medan magnet berubah-ubah
yang akan menghasilkan voltan di dalam pengalir. Voltan yang terhasil ini akan
menentang voltan bekalan dan juga arusnya. Litar elekitrik yang mempunyai sifatsifat menentang perubahan arus dipanggil kearuhan. Komponen elektronik yang
mempunyai ciri-ciri ini dipanggil pearuh. Kadang-kala pearuh juga dipanggil
gegelung atau pencekik. Pearuh dibuat dengan melilitkan gelung pengalir dalam
bentuk gegelung. Terdapat dua jenis pearuh yang selalu digunakan dalam litar
elektronik iaitu pearuh jenis tetap dan pearuh jenis bolehubah.
pearuh/gegelung
No comments:
Post a Comment