Hukum Ohm

  Dalam litar elektrik, Hukum Ohm menyatakan bahawa arus elektrik, I yang mengalir malalui sesuatu pengalir antara dua titik yang lain adalah berkadar terus dengan beza keupayaan, V antara kedua-dua titik, serta berkadar songsang dengan rintangan, R antara kedua-dua titik.

Hukum ini dinamakan sempnea Georg Ohm, yang menunjukkan perubahan arus dan beza kepupayaan dalam litar elektrik ketika menggunakan dawai yang mempunyai panjang berbeza.

Hukum ini sangat berguna dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik kerana menunjukkan hubungan arus, voltan dan rintangan pada tahap makroskopik, iaitu sebagai unsur dalam litar elektrik. Pada tahap mikroskopik, ahli fizik menggunakan persamaan vektor lain yang berhubung kait dengan Hukum Ohm.



litar siri,selari,siri selari

LITAR SIRI, LITAR SELARI DAN LITAR SIRI-SELARI



LITAR SIRI
Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara siri

LITAR SELARI
Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara selari

LITAR SIRI SELARI
Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara siri dan juga selari





Unit keelektromagnetan SI
SimbolNama kuantitiUnit-unit terbitanUnitUnit-unit asas
IArusampere (Unit asas SI)AA = W/V = C/s
qCas elektrikKuantiti elektrikcoulombCA·s
VBeza keupayaanvoltVJ/C = kg·m2·s−3·A−1
R, Z, XRintanganImpedans (Galangan), Reaktans (Regangan)ohmΩV/A = kg·m2·s−3·A−2
ρKerintanganohm meterΩ·mkg·m3·s−3·A−2
PKuasa elektrikwattWV·A = kg·m2·s−3
CKapasitans (Kemuatan)faradFq/V = kg−1·m−2·A2·s4
Elastans (Anjalan)salingan faradF−1V/C = kg·m2·A−2·s−4
εKetelusanfarad per meterF/mkg−1·m−3·A2·s4
χeKerentanan elektrik(tak berdimensi)--
G, Y, BKonduksian (Kealiran), Admitans (Lepasan), RentanansiemensSΩ−1 = kg−1·m−2·s3·A2
σKekonduksian (Keberaliran)siemens per meterS/mkg−1·m−3·s3·A2
HMedan elektrik tambahan, keamatan medan elektrik,
kekuatan medan elektrik
ampere per meterA/mA·m−1
ΦmFluks magnetweberWbV·s = kg·m2·s−2·A−1
BMedan magnet, ketumpatan fluks magnet,
aruhan magnet
teslaTWb/m2 = kg·s−2·A−1
Keengganan (Reluktans)ampere-pusingan per weberA/Wbkg−1·m−2·s2·A2
LInduktans (Kearuhan)henryHWb/A = V·s/A = kg·m2·s−2·A−2
μKebolehtelapanhenry per meterH/mkg·m·s−2·A−2
χmKerentanan magnet(tak berdimensi)--

Perintang (Resistor),Pemuat (Capasitor),Pearuh (Inductor)

PERINTANG
Ialah salah satu daripada komponen asas dalam elektronik.Perintang tidak mempunyai kutub positif (+ve) dan negatif (-ve). Tetapi pada badan perintang mempunyai warna kod yang membawa maksud nilai rintangan sesuatu perintang itu dalam nilai Ohm. 



perintang tetap

perintang boleh laras


kod warna perintang tetap


PEMUAT
Pemuat atau kapasitor merupakan alat elektrik atau elektronik yang mampu menyimpan tenaga di medan elektrik antara sepasang pengalir (plat). Proses menyimpan tenaga dalam kapasitor dikenali sebagai "mengecas", dan melibatkan cas elektrik yang mempunyai magnitud yang sama, tetapi kekutuban yang berlawan yang berkumpul di kedua-dua plat masing-masing.
Kapasitor biasanya digunakan dalam litar elektrik dan litar elektronik sebagai alat storan tenaga. Kapasitor juga digunakan untuk memisahkan antara isyarat frekuensi tinggi dan rendah. Oleh itu, kapasitor biasanya digunakan sebagai penapis elektronik.


pemuat


PEARUH
Ialah penambahan arus di dalam pengalir akan mewujudkan medan magnet berubah-ubah 
yang akan menghasilkan voltan di dalam pengalir. Voltan yang terhasil ini akan 
menentang voltan bekalan dan juga arusnya. Litar elekitrik yang mempunyai sifatsifat menentang perubahan arus dipanggil kearuhan.  Komponen elektronik yang 
mempunyai ciri-ciri ini dipanggil pearuh. Kadang-kala pearuh juga dipanggil 
gegelung atau pencekik. Pearuh dibuat dengan melilitkan gelung pengalir dalam 
bentuk gegelung. Terdapat dua jenis pearuh yang selalu digunakan dalam litar 
elektronik iaitu pearuh jenis tetap dan pearuh jenis bolehubah. 



pearuh/gegelung